Contoh Perkiraan
Permohonan Dalam Talian Sijil Warisan
Ekstrak Salinan Sijil Warisan
Video : Anak Amanah Kita Bersama
   


PENGUMUMAN
....................................................

 
Permohonan Sijil Warisan
Jika 'Selainnya' di pilih bagi 'Jenis Pengenalan si mati', HANYA nombor yang boleh diidentifikasikan oleh pemohon atau ahli keluarga si mati sahaja di terima. Lain-lain nombor identifikasi, contoh "Tiada", "Tanpa Nombor" dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA.


Mukadimah
....................................................

 

Mahkamah Syariah Singapura ditubuhkan pada tahun 1955 hasil dari kajian sebuah jawatankuasa yang dibentuk Pemerintah Singapura. Jawatankuasa ini terdiri dari pakar undang-undang, kadi-kadi dan para ulama' tempatan. Dari hasil kajian mereka, terlaksana satu akta yang dikenali dengan Muslims Ordinance yang dijadikan undang-undang pada 30 Mei 1957. Akta inilah yang digunakan Mahkamah Syariah sehingga tahun 1966.

Pada tahun 1966, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA) diperkenalkan dan menggantikan Akta Muslims Ordinance. Akta ini digubal untuk memperkemaskan lagi sistem pentadbiran undang-undang Islam Singapura.

Pada tahun 1999, Akta ini dipinda dan ditambah lagi dengan beberapa klausa yang bersesuaian dengan tuntutan keadaan semasa. Dengan pindaan ini, ia meningkatkan lagi keupayaan Mahkamah untuk menyelesaikan kes-kes tuntutan cerai dan isu-isu sampingan dengan lebih baik dan berkesan – ke arah menjadikan Mahkamah yang dipercayai, dinamik dan saksama yang mengilhamkan keyakinan masyarakat.