|
|
 |
|
|
A. Prosedur Contoh Perkiraan |
 |
|
Bagi CONTOH PERKIRAAN, kiraan yang akan dibuat adalah untuk pengetahuan pengguna sahaja. Pengguna boleh membuat salinan kiraan tersebut. Walau bagaimanapun, pengguna harus maklum bahawa salinan itu tidak boleh digunakan untuk mengikat dari sudut undang-undang mana-mana individu, pihak berkuasa mahupun mahkamah untuk mematuhi kiraan tersebut.
Harap maklum bahawa khidmat ini bukan sahaja untuk mencuba perkiraan bagi pembahagian harta si mati, tetapi juga dikhaskan untuk mencuba perkiraan bagi pemilik harta (yang masih hidup).
Prosedur untuk menggunakan khidmat CONTOH PERKIRAAN adalah seperti berikut:
- Tekan menu CONTOH PERKIRAAN untuk memulakan perkiraan. Pengguna akan melihat skrin seperti berikut.
Di sini pengguna dapat melihat borang "on-line" khusus untuk Keterangan Pemilik Harta Yang Hendak Diagihkan. Harap ambil perhatian, pengguna mesti memilih JANTINA bagi pemilik harta yang hendak diagihkan.
Sebaik sahaja selesai mengisi borang ini, pengguna harus menekan butang "SETERUSNYA" atau "NEXT" untuk meneruskan prosedur perkiraan.
- Skrin yang akan dilihat pengguna di sini menunjukkan bahawa pengguna harus memilih waris-waris yang sah dan rapat kepada si pemilik harta serta bilangan waris-waris tersebut.
Pengguna harus maklum bahawa waris-waris yang ditunjukkan di sini adalah Faris Fardhu dan Waris Asobah. Terlebih dahulu, pengguna mestilah akur akan syarat-syarat mewaris harta dalam Islam serta penghalang warisan.
Syarat-syarat mempusakai harta ada 3:
- Matinya muwarrith dengan yakin (mati haqiqy)
- Hidup ahli waris dengan pasti di saat kematian simuwarrith
- Diketahui kedudukan waris (seperti apakah dia sekandung, sebapa , seibu dengan simuwarrith)
Pengguna harus maklum bahawa orang-orang yang tidak berhubung dengan si mati melalui nasab dan perkahwinan (suami/isteri) tidak berhak untuk mewarisi harta si mati, contoh seperti :
- anak tiri, ibu tiri, bapa tiri
- anak angkat atau bapa/ibu angkat
- ipar kepada si mati
Sementara golongan di bawah ini tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka:
- Pembunuhan
- Kehambaan (sudah tiada di zaman ini)
- Berlainan agama
Sebaik sahaja selesai mengisi borang ini, pengguna harus menekan butang "SETERUSNYA" atau "NEXT" untuk meneruskan prosedur perkiraan.
- Skrin yang akan dilihat pengguna di sini menunjukkan bahawa pengguna harus mengisi nama-nama si pewaris. Harap maklum bahawa bagi Contoh Perkiraan, pengguna boleh menggunakan contoh isian yang ada jika sekadar ingin tahu berapa jumlah bahagian yang akan diberi kepada anggota waris itu.
Untuk menukar jumlah ahli perwaris, gunakan butang "Tukar Bilangan Waris" atau "Change Number of Inheritors".
Sebaik sahaja selesai mengisi borang ini, pengguna harus menekan butang "SETERUSNYA" atau "NEXT" untuk meneruskan prosedur perkiraan.
- Skrin yang akan dilihat pengguna di sini menunjukkan ahli waris yang tidak akan mendapat bahagian harta langsung kerana adanya waris penghalangnya (iaitu waris terdekat) atau harta habis diwarisi oleh waris-waris yang Fardhu atau Asobah.
Untuk meneruskan prosedur perkiraan, pengguna harus menekan butang "SETERUSNYA" atau "NEXT".
- Skrin yang akan dilihat pengguna di sini menunjukkan bahagian-bahagian yang diagihkan kepada ahli waris yang lain. Pengguna boleh membuat salinan agihan ini dengan menggunakan khidmat salinan yang disediakan oleh "browser" pengguna (Netscape atau Internet Explorer)
Untuk mencuba perkiraan sekali lagi, tekan butang "Cuba Lagi" atau "Retry".
|
| Kembali ke skrin sebelumnya |
|
|
B. Prosedur Permohonan Dalam Talian Sijil Warisan |
 |
|
Kiraan yang akan tertera di dalam Sijil Warisan ini berdasarkan informasi berkenaan waris-waris yang diberikan oleh pemohon. Informasi yang diberikan oleh pemohon ini mestilah tepat dan betul, misalnya nama dan nombor kad pengenalan sebelum meneruskan permohonan dalam talian ini.
Prosedurnya:
- Klik 'Permohonan Dalam Talian Sijil Warisan'
LANGKAH 1 : PENYATA PERSETUJUAN
Pemohon harus menyediakan dan memberi maklumat wajib (bertanda *) dan mestilah SALAH SATU diantara yang dibawah:
Pemohon adalah:
- Waris (seorang Muslim) bagi si mati (seorang Muslim) atau
- Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) atau
- Syarikat guaman, bagi pihak waris atau
- Syarikat Perundingan atau agensi, bagi pihak waris atau
- Mahkamah
Dan Sijil Warisan ini diperlukan untuk perbicaraan berkaitan dengan pentadbiran atau pembahagian harta si mati, mengikut Hukum Islam.
Syarikat Guaman, syarikat perundingan dan agensi diwajibkan menyerahkan Akuan Berkanun (Statutory Declaration) waris apabila mengambil Sijil Warisan.
- Klik "Saya Setuju" jika pemohon bersetuju dengan perkara di atas.
LANGKAH 2 : KETERANGAN SI MATI
- Pilih jenis pengenalan si mati and masukkan Nombor KP atau Pasport si mati.
- Klik "Seterusnya" untuk teruskan permohonan.
Jika ada rekod sijil warisan bagi pihak si mati (melalui keterangan KP yang dimasukkan pada perenggan 3 diatas), pemohon akan diberikan senarai 'SENARAI SIJIL AKTIF', menunjukkan status setiap rekod.
Pemohon diberi pilihan untuk 'Permohonan Mengubah / Pembetulan'.
Klik 'NOMBOR Sijil' untuk melihat butiran yang ada bagi memastikan rekod tersebut adalah rekod yang pemohon inginkan.
Pemohon digalakkan untuk klik setiap [Tinjau Butiran] rekod-rekod yang ada bagi si mati sebelum memilih 'Permohonan Mengubah / Pembetulan'.
Di dalam setiap rekod, pemohon diberi pilihan untuk permohonan 'Ekstrak Salinan Sijil Warisan'.
Jika tiada rekod sijil warisan bagi pihak si mati, pemohon perlu mengisi keterangan si mati dan pemohon dalam skrin ini.
Pilihan 'Hubungan dengan si mati' adalah aktif apabila 'Waris' dipilih dalam kategori pemohon.
Sementara pilihan 'Syarikat guaman / Perundingan atau agensi' akan hanya aktif jikalau kategori 'Syarikat guaman / Perundingan atau agensi bagi pihak waris' dipilih.
Kedua-dua pilihan akan tidak aktif jika selain dari dua kategori diatas di pilih.
LANGKAH 3 : KETERANGAN WARIS
- Pemohon harus memilih waris-waris lelaki dan wanita yang sah (Muslim) dan rapat kepada si mati serta bilangan waris-waris tersebut.
Klik 'Seterusnya' untuk teruskan.
Pemohon harus maklum bahawa waris-waris yang ditunjukkan di sini adalah Waris Fardhu dan Waris Asobah. Terlebih dahulu, pemohon mestilah akur akan syarat-syarat mewaris harta dalam Islam serta penghalang warisan.
Syarat-syarat mempusakai harta ada 3:
- Matinya muwarrith dengan yakin (mati haqiqy)
- Hidup ahli waris dengan pasti di saat kematian si muwarrith
- Diketahui kedudukan waris (seperti apakah dia sekandung, sebapa, seibu dengan si muwarrith)
Pemohon harus maklum bahawa orang-orang yang tidak berhubung dengan si mati melalui nasab dan perkahwinan (suami/isteri) tidak berhak untuk mewarisi harta si mati, contoh seperti :
- anak tiri, ibu tiri, bapa tiri
- anak angkat atau bapa/ibu angkat
- ipar kepada si mati
- anak luar nikah
Sementara golongan di bawah ini tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka:
- Pembunuh
- Hamba (sudah tidak ada di zaman ini)
- Bukan Muslim
- Untuk tukar bilangan waris, sila tekan 'Tukar Bilangan Waris / Sebelumnya' dan ubah jika perlu.
Atau
Klik 'Seterusnya'untuk teruskan.
- Skrin yang akan dilihat pemohon di sini menunjukkan ahli waris yang tidak akan mendapat bahagian harta langsung kerana adanya waris penghalangnya (iaitu waris terdekat) atau harta habis diwarisi oleh waris-waris yang Fardhu atau Asobah.
Skrin akan dilangkau jika tiada waris yang tidak mendapat bahagian.
- Klik 'Seterusnya'
PERMOHONAN DITERIMA
- Skrin yang akan dilihat pemohon di sini menunjukkan bahagian-bahagian yang diagihkan kepada ahli waris yang lain dan mereka yang tidak mendapat bahagian.
Untuk mencuba permohonan, tekan butang "Teruskan Permohonan" atau "Sebelumnya" untuk kembali ke skrin sebelumnya dan membuat pembetulan.
- Pemohon perlu mengesahkan segala keterangan di skrin ini adalah betul dan meneruskan permohonan sijil warisan.
Klik 'Ok' atau 'Cancel' untuk kembali ke skrin ini dan membuat pembetulan.
PENGESAHAN PENERIMAAN PERMOHONAN
- Mesej yang akan dilihat seterusnya adalah untuk pengetahuan pemohon bahawa pemohonan telah diterima dan pemohon mesti merujuk dengan nombor Rujukan seperti yang tertera.
Sila cetak dan kemukakan makluman penerimaan ini dan bayar jumlah yang tertera di skrin ini (melalui NETs atau kad tunai sahaja) beserta dokumen-dokumen asli dan salinan-salinannya:
- Bukti status kematian si mati (spt. Sijil kematian )
- Bukti hubungan pemohon(waris) dengan si mati (spt sijil pernikahan, sijil kelahiran & sebagainya).
- Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration)
Mahkamah Syariah hanya menerima pengakuan berkanun yang dilakukan di Mahkamah ini, oleh permohonan persendirian tidak dari firma guaman atau agensi.
Tambahan bayaran dikenakan untuk perkhidmatan ini (sila rujuk kepada makluman penerimaan bagi jumlah bayaran).
Pengambilan ini boleh dilakukan hanya setelah 3 hari kerja dari tarikh permohonan dalam-talian ini dibuat, pada waktu pejabat sahaja, ke alamat berikut:
Mahkamah Syariah,
Family Link @ Lengkok Bahru 8 Lengkok Bahru, #03-01
Singapore 159052
Jika anda mewakilkan seseorang untuk mengambil Sijil Warisan, surat perwakilan dan kad pengenalan pemohon wajib di kemukakan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan di atas pada waktu mengambil.
Permohonan sijil warisan akan ditolak jika tiada pembayaran dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan dalam-talian ini dibuat. Permohonan ini tidak lagi sah selepas tempoh tersebut dan pemohon perlu membuat permohonan yang baru.
|
| Kembali ke skrin sebelumnya |
|
|
C. Prosedur Ekstrak Salinan Sijil Warisan (REQUEST FOR CERT EXTRACT) |
 |
|
Khidmat memohon sijil warisan adalah dikhaskan bagi sijil warisan yang sedia ada di Mahkamah Syariah. Kerana itu, pemohon mesti memastikan bahawa sijil warisan bagi si mati pernah dimohon sebelum ini.
Prosedur untuk menggunakan khidmat EKSTRAK SALINAN SIJIL WARISAN adalah seperti berikut:
- Tekan menu EKSTRAK SALINAN SIJIL WARISAN untuk memulakan pemohonan. Pengguna akan melihat skrin seperti tertera.
Pemohon mesti mengisi ruang “Kata Cari” di borang ini serta memilih jenis kata cari atau untuk mencari rekod sijil warisan yang hendak dimohon.
Untuk meneruskan prosedur permohonan, pemohon harus menekan butang "SETERUSNYA".
- Skrin yang akan dilihat pengguna seterusnya terpulang akan situasi. Jika tiada rekod sijil warisan bagi pihak si mati, pengguna akan diberitahu mengenainya dan mempunyai pilihan untuk membuat PERMOHONAN DALAM TALIAN SIJIL WARISAN (sila lihat Prosedur PERMOHONAN DALAM TALIAN SIJIL WARISAN).
Jika ada rekod sijil waris bagi pihak si mati, pemohon dapat melihat dan memastikan bahawa rekod itu yang dimaksudkannya dalam permohonan sijil warisan.
- Pemohon boleh melihat rekod sijil warisan itu dengan menekan [Tinjau Butiran] atau NOMBOR sijil.
Seterusnya pemohon dapat melihat rekod sijil warisan secara terperinci.
- Jika pemohon ingin meneruskan pemohonan, tekan butang "Ekstrak Salinan Sijil Warisan".
Apabila pengguna menekan butang "Ekstrak Salinan Sijil Warisan" , pengguna akan melihat borang dalam-talian bagi Keterangan Diri Pemohon. Kesemua ruang di borang ini mesti diisi.
Sebaik sahaja selesai mengisi borang ini, pengguna harus menekan butang "SETERUSNYA" untuk meneruskan prosedur perkiraan.
- Mesej yang akan dilihat seterusnya adalah untuk pengetahuan pemohon bahawa pemohonan telah diterima dan pemohon mesti merujuk dengan numbor Rujukan seperti yang tertera.
Pemohon dikehendaki membuat bayaran seperti yang tertera dan boleh membuat melalui NETS atau Kad Tunai. Pemohon dikehendaki datang ke Mahkamah Syariah di alamat seperti berikut:-
Mahkamah Syariah,
Family Link @ Lengkok Bahru 8 Lengkok Bahru, #03-01
Singapore 159052
|
| Kembali ke skrin sebelumnya |
|
|
|
|
|
|
|