English|Bahasa Melayu
Mahkamah Syariah Singapura
| Contact Info |Feedback | Sitemap
home aboutus divorce ancillarymatters courtprocess inheritance courtforms usefullinks faqs
 


Peringkat Perbicaraan
....................................................

Setelah melalui proses pengantaraan dan PTC, jika pasangan masih belum mencapai sebarang persetujuan, maka satu tarikh perbicaraan akan ditetapkan untuk kes mereka.
 
Di peringkat ini, Mahkamah akan mendengar segala tuntutan berhubung isu-isu yang mereka tiada persetujuan bersama seperti:
  1. Perceraian
  2. Nafkah Iddah
  3. Mut'ah
  4. Hak penjagaan anak-anak
  5. Harta sepencarian.


   Peraturan Perbicaraan

Perbicaraan dilaksanakan oleh Presiden Mahkamah Syariah yang akan membicarakan hal-hal yang tidak dapat dicapai persetujuan di antara pasangan.

Presiden Mahkamah Syariah akan mendengar kenyataan-kenyataan dan meneliti bukti-bukti yang diberikan.

Perbicaraan merupakan satu proses yang kompleks dan sulit. Dengan ini, sebaiknya pasangan mendapatkan bantuan guaman untuk membantu kes meraka. Hal ini harus dilakukan lebih awal, sebaiknya pada peringkat PTC. Setiap tarikh perbicaraan yang ditentukan tidak akan diubah kecuali atas sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu, anda harus mendapatkan peguam lebih awal supaya beliau bersedia untuk mengendalikan kes anda pada tarikh yang ditentukan.

Sekiranya anda tidak berkemampuan untuk mendapatkan peguam, anda boleh mendapatkan khidmat peguam pemerintah. Untuk keterangan lanjut, sila klik lelaman mereka di www.gov.sg/minlaw/Lab.

Bagi pasangan yang tidak mahu mendapatkan khidmat peguam, mereka tetap berhak mewakili diri mereka sendiri. Mereka harus bersedia untuk menyiapkan segala dokumen-dokumen, bukti-bukti dan sepertimana yang diarahkan oleh Pendaftar sewaktu di peringkat PTC.

Semua pasangan yang manghadirikan diri di Mahkamah Syariah harus berpakaian sopan dan sesuai. Mereka juga harus berkelakuan sopan setiap kali di dalam Mahkamah dan tidak dibenarkan membawa anak-anak masuk di dalam Mahkamah kecuali diarahkan.