|
|
 |
SSetiap pendaftaran cerai di Mahkamah perlu dilakukan dengan cara membuat saman. Pendaftaran ini dibuat di Mahkamah Syariah di Family Link @ Lengkok Bahru. Di peringkat ini pasangan dikehendaki melakukan beberapa perkara seperti berikut:
- Plaintif (suami atau isteri) yang membuat saman dikehendaki membayar pendaftaran saman, mengisi borang Penyataan Kes (case statement) dan mengangkat sumpah.
- Pegawai Mahkamah akan memberikan salinan saman kepada Plaintif bersama tarikh sesi pengantaraan.
- Defendan (suami atau isteri) dikehendaki menandatangani surat saman yang telah dikeluarkan oleh pasangannya dan mengisi borang Penyataan Pembelaan (Defence Statement) yang disediakan (jika beliau hadir semasa saman dibuat).
- Jika pihak Defendan tidak hadir semasa saman dibuka, maka pegawai Mahkamah akan menyerahkan saman tersebut kepada Defenden di alamat yang diberikan.
- Setelah menerima surat saman, Defendan dikehendaki mengisi borang Penyataan Pembelaan (Defence Statement) dan mengembalikannya kepada Mahkamah dalam tempoh 21 hari.
|
|
|
|
|
|
|
|