Peringkat Pra-Perbicaraan (PTC)
....................................................

Di peringkat ini, pasangan akan bertemu dengan seorang Pegawai Pendaftar, untuk perbincangan selanjutnya berhubung perkara-perkara berikut:
  • Hak penjagaan anak-anak
  • Hak menziarahi anak-anak (access)
  • Mengubah permohonan Penyataan Kes dan Penyataan Pembelaan
  • Memansuh atau memotong sebahagian kandungan afidavit atau mengenepikan beberapa dokumen yang tidak relevan.
  • Melanjutkan atau mengurangi waktu perbicaraan
  • Mengenepikan perintah Mahkamah/ permohonan
  • Menimbang permohonan yang penting
Di peringkat ini, kes mereka hanya akan didengar dalam waktu satu hingga dua bulan. Pasangan juga digalakkan untuk mendapatkan bantuan peguam, kerana banyak perkara-perkara yang bersangkutan dengan undang-undang yang akan dibincangkan di peringkat ini.


   Perintah Sementara

Bagi pasangan yang ingin memohon untuk mendapatkan perintah sementara berhubung hak penjagaan/menziarahi anak sebelum perbicaraan, mereka perlu membuat permohonan dengan mengemukakan afidavit (keterangan) kepada Mahkamah dan pasangannya dalam tempoh tiga hari.