|
Setelah saman dibuat, kedua pasangan dikehendaki hadir ke Mahkamah bagi sesi Pengantaraan pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan di dalam saman tersebut. Pasangan dikehendaki membawa bersama mereka dokumen-dokumen berikut:
|
| |
- Kad Pengenalan
- Skim Perumahan Awam (Public Housing Scheme)
- Surat dari HDB berhubung kedudukan rumah flat mereka
- Pembayaran untuk pendaftaran Cerai dan surat perintah Mahkamah
- Buku Akaun Bank (bagi pihak Isteri)
- Sijil kelahiran Anak-anak
- Sijil Pernikahan (asli)
|
|
Proses Pengantaraan |
 |
|
| Di peringkat pengantaraan, isu perceraian dan perkara-perkara yang berhubung dengan perceraian seperti anak, rumah atau harta sepencarian yang lain, tuntutan nafkah Iddah dan Mut'ah akan dibincangkan. Seorang Pengantara yang tidak memihak kepada pasangan tersebut akan membantu mereka mencari kata sepakat bagi menghuraikan permasalahan mereka. |
| |
| Jika kedua-duanya dapat mencapai satu persetujuan di peringkat ini, maka Pengantara akan melakarkan surat persetujuan bersama, dan kedua pihak akan mengangkat sumpah di hadapan Hakim bagi pengesahan persetujuan tersebut. Seterusnya Hakim akan mengarahkan pendaftaran cerai mereka, maka dengan ini selesailah proses perceraian mereka. |
|
Tujuan Pengantaraan |
 |
|
Tujuan dan matlamat pengantaraan adalah seperti berikut :
|
- Membantu pasangan menyelesaikan proses perceraian mereka dengan jalan yang singkat (jika kedua-duanya ada persetujuan).
- Bagi pasangan yang ingin kes mereka diselesaikan di peringkat pengantaraan, mereka perlu memenuhi syarat-syarat berikut :
- Kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah
- Kedua-dua pihak bersetuju dengan isu nafkah iddah dan mut'ah. Nafkah Iddah adalah nafkah berupa wang yang diwajibkan kepada suami ke atas isterinya dari semenjak suami melafazkan talak sehingga selesai keuzuran isteri (haid) sebanyak tiga kali suci. Sementara Mut'ah pula adalah sebagai bayaran pampasan atau saguhati yang diberi oleh suami kepada bekas isterinya yang diceraikan.
- Kedua pihak bersetuju dengan hak penjagaan anak.
- Kedua pihak bersetuju dengan kedudukan rumah (flat) atau harta sepencarian.
- Pasangan tidak perlu melalui proses perbicaraan di dalam Mahkamah, dengan ini dapat mengelakkan segala tekanan jiwa dan perasaan terhadap diri dan anak-anak.
- Membantu pasangan untuk memahami segala isu-isu berhubung perceraian dengan lebih terperinci lagi, agar mereka dapat membuat keputusan yang tepat.
- Pasangan dapat menjimatkan kos tambahan jika kes mereka selesai di peringkat pengantaraan.
- Jika berlaku isu-isu berhubung anak dan rumah setelah bercerai, masalah ini akan lebih mudah dibincangkan.
- Tiada paksaan, kerana keputusan perceraian ditentukan oleh pasangan, bukan Mahkamah.
- Segala keaiban individu dapat dihindarkan dari terbongkar semasa perbicaraan.
|
Pengantaraan merupakan salah satu proses yang digalakkan di dalam ugama Islam, khususnya dalam mencari huraian secara damai. Ini ditegaskan oleh Allah swt di dalam firmanNya di surah An Nisa' ayat 128 yang bermaksud,
|
 |
"Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu pada menurut tabiatnya kikir, dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh) , maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
|
|
| |
| Islam menggalakkan setiap permasalahan dihuraikan dengan cara yang baik, kerana dengan ini akan hilanglah segala sifat permusuhan, benci-menbenci, tuduh-menuduh, kata-mengata di antara dua pihak tersebut. Ia juga dapat mewujudkan sifat saling hormat- menghormati di antara satu sama lain meskipun mereka berpisah, sehingga isu berhubung kebajikan anak dapat diatasi dengan saksama. |
| |
| Jika pasangan tidak dapat mencapai satu persetujuan di peringkat Pengantaraan, maka kes mereka akan dipindahkan ke peringkat Pra-Perbicaraan (PTC). |