|
|
 |
|
Hakam adalah seorang wakil yang dilantik oleh pihak suami atau pihak isteri sebagaimana yang diarahkan oleh Hakim Mahkamah. Hakam diberi kuasa dan tanggungjawab yang tertentu dalam menghuraikan permasalahan suami isteri tersebut. Ini bersesuaian dengan firman Allah swt yang bermaksud,
|
| |
 |
"Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua, maka lantiklah orang tengah untuk mendamaikan mereka iaitu seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga wanita. Jika kedua-kedua orang tengah ini bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua suami isteri itu berpakat baik. Sesungguhnya Allah Sentiasa Mengetahui lagi Amat Dalam PengetahuanNya".
An Nisa ayat 35
|
|
| |
| Sebahagian dari kes-kes yang telah dibicarakan oleh Hakim perlu melalui proses Hakam. Sebahagian dari sebab-sebab yang memerlukan pasangan diwakili oleh Hakam adalah seperti berikut : |
| |
- Isteri memohon untuk berpisah atas dasar tak'lik, tetapi setelah dibicarakan, Hakim dapati tak'lik tersebut tidak sabit.
- Suami tidak mahu menceraikan isterinya dan belum melafazkan talak, tetapi isteri tetap inginkan perceraian.
- Hakim merasakan pasangan ini perlu melalui proses Hakam.
|
|
Peranan Hakam |
 |
|
- Menerangkan kepada pasangan suami isteri peranan yang dimainkan oleh Hakam dalam menyelesaikan perbalahan mereka menurut pandangan Islam.
- Menyiasat latar belakang pasangan suami isteri yang terlibat dan berbincang dengan pasangan.
- Mengkaji dan meneliti nota perbicaraan bagi mendapat maklumat dan fakta-fakta secara yang lebih menyeluruh.
- Menerangkan kebaikan alam rumahtangga jika berdamai dan keburukan perceraian dan kesan-kesannya terhadap individu, anak-anak, masyarakat, hartabenda, wang simpanan bersama, harta sepencarian, beban pembayaran nafkah Iddah, Mut'ah dan masalah sosial.
- Berusaha mensuluhkan (mendamaikan) mereka sama ada:
- Berbaik-baik semula, atau
- bercerai sama ada dilafazkan suami, Hakam atau secara khulu', fasakh atau mensabitkan lafaz talik
- Membuat laporan kepada Mahkamah hasil perbincangan mereka dengan pasangan tersebut dan memohon rumusan mereka dijadikan Perintah Mahkamah.
|
|
|
|
|
|
|
|