Peringkat Kaunseling
....................................................

Mahkamah Syariah menyediakan khidmat kaunseling bagi pasangan yang mempunyai masalah rumahtangga. Khidmat Kaunseling ini diwajibkan kepada setiap pasangan yang membuat pendaftaran di Mahkamah. Tujuan khidmat ini adalah untuk membantu pasangan menghuraikan segala permasalahan rumahtangga yang sedang mereka hadapi, dan seterusnya mengukuhkan kembali rumahtangga yang telah sekian lama dibina.
 
Setiap pasangan perlu melalui beberapa sesi kaunseling dalam jangka waktu 2 - 4 bulan. Ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada pasangan akan permasalahan serius yang sedang mereka hadapi, begitu juga dengan kesan dan implikasi yang perlu mereka lalui. Pihak Kaunselor akan berusaha membantu mencari huraian-huraian atau alternatif lain bagi mengatasi permasalahan yang sedia ada.
 
Jika pasangan dapat menghuraikan permasalahan mereka, kes mereka akan ditutup di peringkat ini, atau disalurkan kepada badan-badan lain untuk mendapatkan bantuan dan nasihat selanjutnya.
 
Tetapi jika pasangan atau salah seorang dari pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk meneruskan perceraian mereka, maka kes mereka akan dipindahkan ke peringkat Mahkamah. Dalam hal ini, permohonan untuk berpisah boleh dilakukan melalui cara di bawah:
 
  1. Permohonan cerai melalui saman