Isu-Isu Sampingan
  
 Nafkah Iddah
  
 Mut'ah
  
 Hak Penjagaan dan Hak Ziarah Anak-Anak
  
 Harta Sepencarian
  
 Maklumat Lanjutan
  
 
 


Harta Sepencarian
....................................................

Seksyen 52(8) AMLA memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah semasa membuat keputusan untuk pembahagian harta sepencarian, haruslah mengambil kira segala fakta yang relevan, termasuk; namun tidak terhad kepada:
 
  1. Luasnya sumbangan yang dibuat oleh sebarang pihak samada dari segi kewangan, harta benda atau sebarang usaha yang dilakukan untuk mendapatkan harta tersebut, dan menjaganya atau memperbaikinya.
  2. Sebarang hutang-piutang atau kewajipan yang diambil oleh sebarang pihak untuk faedah bersama atau untuk faedah anak-anak dari perkahwinan tersebut;
  3. Keperluan anak-anak, sekiranya ada dari perkahwinan;
  4. Sebarang sumbangan yang dibuat oleh sebarang pihak, untuk kesejahteraan keluarga, termasuk menjaga rumah, menjaga ahli keluarga termasuk ahli keluarga yang sudah berusia, yang lemah anggota atau kurang upaya;
  5. Sebarang persetujuan di antara kedua-dua pihak mengenai hak pemilikan dan pembahagian harta yang dibuat semasa menimbangkan keputusan bercerai;
  6. Pemberian tempat tinggal yang tidak perlu dibayar sewa atau sebarang faedah yang diberikan kepada satu pihak yang tidak dapat dinikmati oleh pasangannya;
  7. Pemberian bantuan oleh satu pihak ke pihak yang lain (samada dari segi wang/harta benda) termasuk memberikan pertolongan dan sokongan yang telah membantu ahli pasangan dalam meneruskan kerjayanya ataupun perniagaannya
  8. Pendapatan, kemampuan mencari nafkah, harta benda atau sebarang sumber kewangan yang dijangkakan pada masa akan datang;
  9. Keperluan kewangan, kewajipan dan tanggungjawab di mana sebarang ahli akan hadapi pada masa akan datang;
  10. Tahap kehidupan yang dinikmati oleh keluarganya sebelum kegagalan rumahtangga berlaku;
  11. Usia pasangan dan tempoh perkahwinan;
  12. Sebarang kecacatan fizikal atau mental yang dihadapi oleh sebarang pihak; dan
  13. Sebarang faedah (seperti duit pencen) di mana sebarang pihak kehilangan peluang untuk mendapatkannya, oleh kerana terjadinya perceraian atau pemansuhan pernikahan.