Isu-Isu Sampingan
  
 Nafkah Iddah
  
 Mut'ah
  
 Hak Penjagaan dan Hak Ziarah Anak-Anak
  
 Harta Sepencarian
  
 Maklumat Lanjutan
  
 
 


Nafkah Iddah
....................................................

Iddah bermaksud suatu jangka waktu yang perlu dilalui oleh isteri yang telah diceraikan oleh suaminya (cerai hidup atau mati). Isteri tersebut harus menunggu supaya dapat dipastikan sama ada beliau hamil sebelum dibolehkan bernikah lagi. Nafkah Iddah adalah nafkah yang wajib diberikan bekas suami kepada bekas isteri yang diceraikannya untuk waktu iddah tersebut. Jumlah waktu iddah isteri biasanya ada empat jenis:


   Iddah Talak

Iddah Talak adalah Iddah disebabkan perceraian. Isteri-isteri yang telah diceraikan oleh suami mereka terbahagi kepada empat golongan:
 
  1. Isteri-isteri yang telah dicampuri suaminya tetapi belum habis haid, maka iddah mereka adalah sebanyak tiga kali suci.
  2. Isteri-isteri yang masih dicampuri suami mereka, tetapi sudah putus haid kerana sudah tua, iddah mereka adalah selama tiga bulan sepuluh hari.
  3. Isteri-isteri yang belum baligh, maka iddah mereka tiga bulan (Tidak berlaku di Singapura).
  4. Isteri-isteri yang belum dicampuri oleh suami mereka, maka tiada iddah bagi mereka.


   Iddah Hamil

Iddah Hamil adalah iddah bagi isteri yang diceraikan semasa beliau sedang hamil. Iddah isteri yang hamil ialah sehiugga beliau melahirkan anak.


   Iddah Wafat

Iddah Wafat adalah iddah bagi seorang isteri yang kematian suaminya, iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari.


   Al Ehdad

Al Ehdad bermaksud membatasi diri (seorang isteri) dari memakai perhiasan, pakaian yang bagus-bagus atau harum-haruman sewaktu kematian suami atau anaknya atau mereka-mereka yang akrab. Jika beliau kehilangan suami maka iddahnya adalah selama empat bulan sepuluh hari dan jika yang meninggal adalah anaknya atau ahli keluarganya yang akrab, maka waktu membatasi dirinya adalah selama tiga hari.


   Iddah Isteri Yang Kehilangan Suami

Bagi seorang isteri yang kehilangan suami dan tidak mengetahui di mana suaminya berada, iddah isteri tersebut adalah empat tahun lamanya, dan setelah cukup empat tahun maka hendaklah dia beriddah lagi selama empat bulan sepuluh hari. Perkara ini hanya dapat disabitkan oleh Hakim setelah isteri membuat pengaduan di Mahkamah.