Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini akan tetap
menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari permasalahan yang
akan mereka hadapi adalah : Keperluan mengurangkan perbelanjaan kerana pendapatan
sudah berkurangan.
- Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan
oleh mata sepencarian yang tunggal.
- Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang
isteri sebelum ini hanya bergantung kepada nafkah yang diberikan oleh suami.
- Kebutuhan dan perbelanjaan hidup seharian anak-anak
akan terjejas dan ini mungkin akan turut menjejas pretasi mereka.
- Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah
Keluarga.
- Kerja lembur diperlukan untuk melengkapi keperluan
seharian.
- Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam membiayai nafkah anak-anak
yang di bawah jagaan isteri yang telah diceraikannya, dan tanggungan ke atas keluarga
baru jika sudah berumahtangga lagi.
|