Mengenai Kami
  
 Falsafah Mahkamah Syariah
  
 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
  
 Struktur Organisasi
  
 Hubungi Kami
  
 
 


Falsafah Mahkamah Syariah
....................................................

Mahkamah adalah sebagai tunggak yang berusaha untuk menghuraikan penyelesaian pihak-pihak yang bertikai dengan cara adil dan saksama. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi falsafah Mahkamah Syariah Singapura untuk sentiasa menegakkan keadilan dan berusaha menyelesaikan kes-kes dengan cara yang adil sesuai dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berikut:-

Firman Allah swt di surah An-Nisa' ayat 135,

scripture

"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, bagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada kedua-duanya. Oleh itu janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan atau enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan"

 
Firman Allah swt di surah An-Nisa' ayat 19,

scripture

 

"Pergaulilah mereka dengan cara yang patut, dan sekiranya kamu tidak senang kepada mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya"

 

Sabda Nabi saw yang bermaksud,

"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang Amir (ketua negara) adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang lelaki adalah pemimpin terhadap keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya. Seorang wanita (isteri) adalah pemimpin terhadap rumah suaminya dan anak-anaknya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya..."

Riwayat Imam Bukhari & Muslim