Mengenai Kami
  
 Falsafah Mahkamah Syariah
  
 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
  
 Struktur Organisasi
  
 Hubungi Kami
  
 
 


Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
....................................................

Mahkamah Syariah Singapura mempunyai bidang kuasa yang tertentu sahaja dalam menerima aduan dan membicarakan kes pengaduan. Bidang kuasa ini termaktub dalam Undang-Undang Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) yang menyatakan:
 
35(1)-Mahkamah ini akan mempunyai kehakiman di seluruh Singapura
 
35(2)-Mahkamah akan mendengar dan memutuskan segala tindakan-tindakan dan perkara-perkara dalam mana semua pihak yang terlibat adalah orang-orang Islam atau di mana pihak-pihak yang terlibat telah berkahwin menurut syarat-syarat dalam hukum Islam dan tindakan-tindakan dan perkara-perkara itu terbit daripada pertikaian berkaitan dengan :
 
  1. Perkahwinan;
  2. Perceraian yang diketahui dalam hukum Islam sebagai Fasakh, Cerai Taklik, Khulu' dan Talak.
  3. Pertunangan, tidak sahnya perkahwinan atau perpisahan menerusi kuasa kehakiman.
  4. Pemberesan atau pembahagian harta manakala bercerai atau
  5. Pembayaran maskahwin, nafkah dan mut'ah.


   Sijil Warisan

Mahkamah juga mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil warisan sebagaimana termaktub dalam fasal 115 AMLA. Jika berlaku sesuatu kematian di dalam sebuah keluarga Islam, maka ahli waris tersebut berhak untuk mendapatkan sijil warisan dari pihak Mahkamah Syariah. Bagi keterangan lanjut, sila klik pada tab "Faraid" di atas.